fbpx

11 berparti dadah ditahan, dikompaun RM44,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian individu yang ditahan selepas disyaki berpesta dadah dalam sebuah rumah inap desa di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor semalam.

KOTA TINGGI – Seramai 11 individu mengadakan parti liar ditahan dan dikenakan kompaun berjumlah RM44,000 dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar semalam.

Serbuan kira-kira pukul 4 pagi itu berjaya menahan lapan lelaki dan tiga perempuan berumur 17 hingga 25 tahun didapati berhibur dengan memasang muzik kuat di inap desa tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, susulan serbuan itu, semua suspek telah dikompaun kerana gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan dibawah Peraturan 11(1) Peraturan2 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Larangan berhimpun dlm premis bagi tujuan sosial).

“Nilai kompaun RM4,000 bagi setiap individu. Dalam serbuan tersebut, polis juga telah berjaya mengesan sejumlah dadah disyaki jenis ketamin berat kasar 4.19 gram dan enam biji pil ekstasi anggaran berat 1.8 gram,”katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI