fbpx
LEE KWANG-SOO

Lee Kwang-Soo kembali berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS mengundurkan diri daripada program hiburan Running Man, Lee Kwang-soo, dikhabarkan bakal kembali ke lokasi penggambaran sebuah drama.

Menurut agensinya, Kwang-soo kini sedang dalam perbincangan untuk muncul menerusi sebuah naskhah berjudul Murderer Shopping List.

Menurut sumber produksi, drama thriller itu membawakan kisah pelbagai jenayah dan situasi berbahaya seperti penderaan kanak-kanak dan masalah sosial.

“Kwang-soo dilamar untuk membawa watak Ahn Dae-sung, seorang juruwang di pasar raya yang berkebolehan mengingati semua perkara secara terperinci yang selain mempunyai deria penglihatan yang hebat.

“Drama ini pasti akan ditunggu-tunggu peminat tersayang Kwang-soo,” beritahu sumber.

Menjadikan projek berkenaan lebih menarik, sebenarnya sudah tiga tahun Kwang-soo tidak muncul dalam mana-mana naskhah baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI