fbpx

Netizen meluat dengan Azwan Ali?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKEPING transaksi yang menyebabkan Azwan Ali kini dikecam hebat netizen.

PETALING JAYA – Kalau dahulu selebriti kontroversi, Azwan Ali dipuji netizen kerana kelantangannya dalam media sosial mengkritik kerajaan, sekarang kebanyakan mereka mula meluat dengan sikapnya yang seolah-olah ‘cakap tak serupa bikin’.

Semuanya selepas Azwan atau nama lengkapnya, Mohamed Azwan Ali, 55, dikatakan menerima ‘elaun sara hidup’ daripada abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Sejak Azwan Ali kantoi dapat ‘elaun sara diri’ dari abang dia, terus dia tak bagi ‘followers’ nak komen dekat hantaran (ciapan).

Begitulah roda kehidupan. Minggu lepas kau kat atas. Minggu ini kau kat bawah,” ciap seorang pengguna Twitter.

Sejak isu didakwa menerima sejumlah wang daripada abangnya, bekas mengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) itu mula tidak membenarkan orang ramai membalas ciapan dalam Twitter.

Azwan yang cukup lantang terutama dalam mengkritik kerajaan sebelum ini dengan menggunakan bahasa kasar kini kian dibenci.

Ramai yang berpendapat kelantangannya sebelum ini dalam mengkritik kerajaan terutama, darah dagingnya sendiri adalah semata untuk mengaburi mata orang ramai yang memberi kemewahan kepada dirinya.

Terdahulu, tular dalam media sosial sekeping foto menunjukkan Azwan menerima sejumlah wang daripada abangnya berdasarkan transaksi yang menjadi perdebatan dalam platform Twitter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI