fbpx

Remaja temui ajal di selekoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut selepas gagal mengawal motosikal ditunggangnya di kawasan selekoh di Kampung Chekok, Ketereh semalam. - Foto IHSAN PDRM

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di kawasan selekoh di Kampung Chetok dekat Ketereh di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Muhammad Syakir Mohd. Sabri, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 tanpa memakai topi keledar dan tiada lesen memandu dari Kampung Kiat menghala ke Kampung Piah di sini.

Katanya, setiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal ditunggangnya sebelum terjatuh ketika membelok di kawasan selekoh.

“Insiden itu menyebabkan motosikal mangsa terbabas ke bahagian bahu kanan jalan di hadapan sebuah kedai.

“Mangsa tidak sedarkan diri selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian dada sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI