fbpx

Tokpa serah siasatan langgar SOP kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan meninjau sebuah kafe di Kampung Kalai, Jeli, Kelantan semalam.

Menerusi satu kenyataan, Pejabat Menteri di JPM (Ekonomi) memaklumkan bahawa kertas siasatan terhadap pelanggaran SOP itu telah dibuka dan beliau dimaklumkan sendiri mengenai perkara itu oleh Ketua Polis Daerah Jeli.

Dalam kenyataan sama, Mustapa mengakui dihidangkan makanan di kafe tersebut dan memohon maaf atas pelanggaran SOP itu.

“Ketua Polis Daerah Jeli menghubungi beliau tengah hari tadi memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka mengenai perkara
ini.

“Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Terdahulu, Mustapa dikatakan singgah ke sebuah kafe di Kampung Kalai, Jeli pada pukul 5.30 petang, Sabtu lalu untuk melihat bagaimana pemilik Alfath Café berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan dengan PKP 3.0

Berikutan itu, gambar-gambar mengenai kehadiran beliau di kafe tersebut tersebar sebelum kertas siasatan terhadap pelanggaran SOP itu dibuka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI