fbpx

Tauke kedai runcit cetus jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (tengah) bersama Takiyuddin (dua dari kiri) ketika melawat PPV di Dewan Perniagaan Cina, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Pemilik sebuah kedai runcit di Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin di sini dipercayai menjadi kes indeks atau pencetus jangkitan Covid-19 sehingga kawasan tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula kelmarin hingga 8 Julai depan.

Setakat ini, seramai 46 daripada 866 orang penduduk di kampung berkenaan disahkan positif sejak ujian saringan Covid-19 dijalankan di situ bermula Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kebanyakkan yang disahkan positif di kampung itu terdiri daripada penduduk yang merupakan pelanggan di kedai runcit tersebut.

“Penduduk yang mengunjungi premis itu didapati bergejala dan mereka juga positif Covid-19.

“Oleh itu, Kampung Pulau Tukang Dollah juga dikategorikan sebagai kluster baharu di negeri ini selaras dengan pelaksanaan PKPD di situ,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Perniagaan Cina, Jalan Kebun Sultan di sini hari ini.

Hadis sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI