fbpx

Risiko perang dunia konfrontasi China-Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA kebal Taiwan menyertai latihan tentera yang diadakan di Taichung, pulau itu, pada 16 Julai 2020. – AFP

BEIJING – Kebimbangan berlakunya Perang Dunia Ketiga tercetus kembali selepas China berikrar akan menyerang Taiwan jika Taipei berani menuntut kemerdekaan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Ren Guoqiang mengingatkan Taiwan bahawa penyatuan pulau itu dengan China merupakan ‘sejarah yang tidak dapat dielakkan’. Justeru, sebarang cubaan untuk menuntut kemerdekaan bererti pengisytiharan perang.

Pada Rabu lepas, Menteri Luar Taiwan, Joseph Wu berkata, pulau itu perlu siap siaga untuk menghadapi konflik ketenteraan.

“Sebagai pembuat keputusan di Taiwan (kerajaan), kami tidak boleh mengambil risiko, sebalik­nya kami perlu bersiap sedia.

“Apabila pemerintah China memberitahu bahawa mereka tidak menolak untuk menggunakan kekuatan ketenteraan, manakala mereka mengadakan latihan tentera di sekitar Taiwan, kami memilih untuk mempercayai ancaman Beijing,” kata Joseph.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan, Zhu Fenglian berkata, menghentikan ‘kemerdekaan Taiwan’ adalah prasyarat kepada keamanan di Selat Taiwan.

“Joseph Wu berulang kali de­ngan bongkak mencetuskan provokasi menerusi ‘kemerdekaan Taiwan’.

“Kami akan mengambil semua langkah perlu untuk menghukum mereka yang fanatik dengan kemerdekaan Taiwan bersesuaian dengan undang-undang,” tegas­nya.

Ugutan itu timbul selepas Senator Amerika Syarikat (AS), Tammy Duckworth semasa lawatan beliau ke Taipei awal bulan ini, mengeluarkan kenyataan bahawa AS tidak akan mengabaikan Taiwa

 

JET F-16 Taiwan (atas) mengawasi sebuah pesawat pengebom H-6 China di ruang udara Selat Miyako, selatan Taiwan pada 25 Mei 2018. – AFP

Hubungan antara Taiwan dan China mula tegang selepas Pre­siden Taiwan, Tsai Ing-wen menyelar polisi ‘Satu China’ Beijing.

Di bawah dasar tersebut, Taiwan dianggap sebahagian daripada wilayah terpisah China dan bukannya sebuah negara yang mempunyai kerajaan sendiri.

Dasar tersebut menjadi syarat utama hubungan diplomatik Beijing-Washington dan diterima oleh bekas Presiden AS, Donald Trump.

AS bagaimanapun menge­kalkan hubungan rapat tidak rasmi dengan Taiwan dan berte­rusan menjual senjata kepada pulau itu.

Pegawai Taiwan turut mengusulkan langkah yang mencetuskan kemarahan Beijing.

Yao Chia-wen yang merupakan penasihat kanan Ing-wen mengusulkan untuk menukar nama pulau itu daripada Republik China kepada Republik Taiwan pada April lalu, lapor Taiwan News.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan di Beijing, Ma Xiaoguang memberi amaran, China akan bertindak balas sekiranya Taiwan mengisytiharkan nama baharunya.

Guoqiang pula berkata kelmarin bahawa Taiwan tidak dapat dipisahkan daripada China dan Beijing menentang keras sebarang hubungan ketenteraan antara AS dan Taiwan.

Beliau menambah bahawa AS tidak boleh menyekat kemaraan atau kemajuan ekonomi China dan wajar mematuhi dasar Satu China.

Permusuhan yang semakin meruncing itu berlaku selepas Beijing mempamerkan kekuatan tenteranya di ruang udara Taiwan sejak April lalu.

Misi tersebut menyaksikan skuadron 14 pesawat J-16 dan jet pejuang J-10 yang diiringi empat kapal terbang pengebom H-6K.

Pesawat pengebom yang berupaya membawa senjata nuklear itu disertai dua pesawat antikapal selam dan pesawat amaran awal, demikian menurut Kementerian Pertahanan Taiwan.

Beijing sebelum ini menyatakan bahawa pencerobohan itu adalah usaha untuk melindungi kedaulatan China dan memusnahkan pakatan antara Taipei dan Washington.

Tentera Laut AS turut mempamerkan kekuatannya pada Mei lalu dengan menghantar kapal perang USS Curtis Wilbur ke Laut China Selatan.

Armada Ke-7 AS menyatakan, kapal itu menuntut hak dan kebebasan belayar dekat Kepulauan Paracel yang dituntut oleh China, Taiwan dan Vietnam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI