fbpx

Wanita kahwini dolfin dakwa bukan kerana ‘miang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tendler (kanan) amat mencintai suaminya yang merupakan seekor dolfin dan tidak terfikir mencari ikan lain selepas suami itu mati pada 2006. -Daily Star

LONDON – Seorang wanita yang mengahwini seekor ikan lumba-lumba atau dolfin berkata,  tindakannya  bukan sesuatu yang salah atau kerana dia ‘miang’, lapor laman berita Daily Star kelmarin.

Sharon Tendler yang merupakan seorang jutawan berkata,  dia jatuh cinta dengan haiwan itu yang dinamakan Cindy selepas pertama kali melihatnya pada 2006.

Tendler kemudian sanggup terbang beberapa kali ke Israel untuk melawat kekasihnya itu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Semasa hari perkahwinannya, Tendler memakai gaun berwarna putih bersama tiara yang diperbuat daripada kuntuman bunga merah jambu.

Ikatan perkahwinan itu disahkan dengan Tendler mencium pasangannya dan membisikkan ‘Saya cintakan kamu’ kepada Cindy.

Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila beberapa bulan selepas perkahwinan itu, Cindy disahkan mati pada usia 40 tahun akibat komplikasi perut.

“Perkahwinan itu bukan kerana saya miang. Ia kerana saya memang cintakan dolfin ini.

“Saya lakukannya atas rasa cinta, namun bukan cinta wanita kepada  seorang lelaki, ia merupakan perasaan cinta yang saya ada terhadap haiwan ini,” kata Tendler kepada wartawan sejurus selepas majlis perkahwinannya.

Wanita itu juga berkata, walaupun ‘suaminya’ telah mati, dia tidak akan mencari pasangan ikan lain kerana dia hanya ‘mencintai seekor dolfin’ sahaja. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN