fbpx

Mini kasino diserbu, lapan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas meja yang digunakan untuk kegiatan judi di Taman Pelangi, Kulim hari ini.

KULIM – Polis menahan lapan individu termasuk seorang wanita selepas menyerbu sebuah premis perniagaan yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di sebuah rumah kedai di Taman Pelangi di sini hari ini.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, dalam serbuan tersebut, lima lelaki didapati sedang leka bermain judi daun terup di satu meja khas di tingkat atas rumah kedai berkenaan.

Katanya, tiga lagi individu yang ditahan terdiri daripada dua lelaki disyaki tonto dan seorang wanita dipercayai juruwang di situ.

“Kegiatan judi di premis ala mini kasino itu mengunakan cip pelbagai nilai sebagai pertaruhan,” ujarnya.

Menurut Sazalee, pihaknya merampas sebuah meja khas yang digunakan untuk kegiatan judi itu serta cip bernilai RM1, RM5 dan RM25  dengan nilai keseluruhan RM800. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI