fbpx

Syarikat AS bakal jual susu badan dihasilkan dalam makmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Susu keluaran BIOMILQ mempunyai mikronutrien sama seperti yang ada dalam susu ibu. -Unsplash

RALEIGH, CAROLINA UTARA – Sebuah firma di Amerika Syarikat mengumumkan berjaya menghasilkan susu badan manusia  daripada sel kelenjar mamari yang dibiakkan di dalam makmal, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Susu keluaran syarikat BIOMILQ itu dikatakan mempunyai zat sama seperti yang terdapat pada ibu seperti karbohidrat kompleks, asid lemak dan biokatif lipid lain.

Syarikat itu bagaimanapun berkata,  susu tersebut bukan dicipta bagi menggantikan susu badan sebenar.

“Saya akan memberitahu semua orang bahawa BIOMILQ dibuat untuk golongan ibu yang sukar menyusukan anak,” kata ahli biologi yang juga pengasas bersama BIOMILQ, Leila Strickland.

Biarpun ciptaan itu mengagumkan, BIOMILQ menegaskan produknya bukanlah sama seperti susu badan sebenar dan mereka tidak yakin ia akan menyerupai susu badan sebenar.

“Perubahan hormon, isyarat bayi, sentuhan kulit dan persekitaran mempengaruhi kerumitan penghasilan susu ibu,” kata Strickland.

Tambahnya, produk itu juga kekurangan antibodi susu ibu biarpun BIOMILQ menyokong perkembangan imun, pematangan usus dan perkembangan otak yang tidak diperolehi daripada susu formula. 

Biarpun tidak sesempurna susu ibu, susu badan ciptaan makmal itu boleh bertahan lama berbanding daging yang dihasilkan di makmal memandangkan ia tidak memerlukan pertumbuhan sel baharu secara kerap.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan BIOMILQ, ia memaklumkan bahawa sel-sel yang telah dikaji boleh menghasilkan susu sehingga berbulan-bulan.

BIOMILQ berkata produknya akan dikomersialkan dalam masa setahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI