fbpx

Euro 2020: Austria iringi Belanda ke pusingan kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Austria, David Alaba meraikan kejayaan skuad kebangsaan negara itu melangkah ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Ukraine 1-0 pada saingan peringkat Kumpulan C, Euro 2020 di National Arena, Bucharest sebentar tadi. - AFP

BUCHAREST – Austria memastikan tempat ke pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2020 selepas menewaskan Ukraine 1-0 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan C di National Arena sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata bagi merebut tempat ke pusingan berikutnya, namun Austria lebih ceria apabila berjaya mencatatkan kemenangan.

Lebih manis, skuad kendalian Franco Foda itu berjaya memastikan tempat ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun dan ia pastinya bakal dikenang oleh penyokong-penyokong Austria.

Pada separuh masa pertama, Austria dilihat sebagai pasukan lebih baik apabila banyak melakukan asakan ke arah pintu gol Ukraine yang dikawal George Buschan.

Ketika aksi memasuki minit ke-21, Christoph Baumgartner menjadi wira Austria apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan itu selepas menyepak masuk hantaran lintang hasil sepakan penjuru David Alaba.

Lapan minit berselang, Ukraine hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan Mykola Shaparanko, namun penjaga gol Austria, Daniel Bachmann berjaya menafikannya.

Bersambung separuh masa kedua, Austria mensia-siakan peluang untuk menggandakan kedudukan apabila hantaran Konrad Lainer pada minit ke-59 dipintas pertahanan Ukraine sebelum bola sampai ke kaki Marko Arnautovic.

Kemudian, gawang Austria hampir bolos pada minit ke-62 selepas Lainer tertanduk bola ke arah gol sendiri, namun Bachmann lebih bersedia bagi menyelamatkan keadaan.

Sedar masa semakin suntuk, Ukraine cuba meningkatkan tempo permainan dengan melancarkan lebih banyak serangan ke arah kubu Austria, namun kedudukan itu kekal hingga tamat perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI