fbpx

Degil import makanan haiwan tanpa permit sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makanan haiwan yang tidak mempunyai permit import sah dirampas Maqis Selangor.

KLANG – Sebuah syarikat pembekalan makanan haiwan bagaikan tidak serik apabila terus mengimport makanan haiwan tanpa permit import sah dalam kejadian di Pelabuhan Utara, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor telah berjaya merampas Corn Gluten Meal dari Korea seberat 98,400 kilogram.

Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, siasatan mendapati ia adalah kesalahan kedua dilakukan syarikat yang beroperasi di sekitar Lembah Klang itu pada tahun ini dengan kali pertama dikesan pada April lalu.

“Hasil pemeriksaan, kesemua barang dagangan bernilai RM291,364.14 ditahan selepas gagal mengemukakan permit import yang sah kepada pegawai penguatkuasa bertugas.

“Makanan haiwan dari Korea itu adalah untuk pasaran industri ternakan di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan perbuatan mengimport apa juga jenis keluaran pertanian tanpa permit import sah dari Maqis adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI