fbpx

Croatia tiada pilihan kecuali menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETKOVIC (kiri) mengakui bahawa Croatia tidak ada pilihan lain kecuali mencatat kemenangan bertemu Scotland untuk mara. – AFP

GLASGOW – Croatia menggalas misi wajib menang pada aksi terakhir peringkat Kumpulan D, Euro 2020 menentang Scotland di Hampden Park awal pagi esok sekiranya mahu melangkah ke pusingan 16 pa­sukan terbaik.

Selepas tewas 0-1 kepada England dan seri 1-1 menentang Republik Czech, naib juara Piala Dunia 2018 itu wajib menewaskan Scotland bagi menghidupkan peluang untuk terus kekal dalam saingan.

Penyerang Croatia, Bruno Petkovic percaya Scotland mampu memberi cabaran sukar kepada mereka memandangkan skuad kendalian Steve Clarke itu akan turun beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Aksi menentang Scotland nanti akan menjadi jawapan kepada masa depan kami pada kejohanan ini. Kami sedar Croa­tia menampilkan aksi bawah prestasi sebenar berdasarkan kutipan mata ketika ini.

“Apa yang saya lihat, bukan mudah untuk tembusi benteng pertahanan Scotland, lebih-lebih lagi ketika mereka seri 0-0 bertemu England sebelum ini. Bagaimanapun, kami akan cuba cari kelemahan mereka,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Croatia, Zlatko Dalic tanpa berselindung mengakui berada dalam keadaan tertekan dalam usaha memburu tiga mata pada aksi terakhir peringkat kumpulan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI