fbpx

Bayi miliki gaya rambut mirip PM Britain tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen - David (kanan) sering dikaitkan memiliki gaya rambut yang mirip dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson (kiri). - Caters News Agency

LONDON – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan digelar ‘bayi Borris’ kerana mempunyai gaya rambut yang sama dengan Perdana Menteri Britain, Borris Johnson, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Biarpun baru berusia tiga bulan, David Doronina dari Surrey, England itu mempunyai rambut yang sangat lebat berbanding bayi seusianya yang lain.

Gaya rambutnya yang mirip dengan Johnson itu disedari jururawat sebaik sahaja David dilahirkan.

“David umpama selebriti kerana mempunyai ramai peminat.

“Wajahnya dikaitkan dengan Johnson sebaik sahaja dia lahir,” kata ibu David, Tatiana Doronina.

David memiliki rambut yang lebat berbanding bayi seusianya yang lain. -Caters News Agency

Tatiana dan suaminya, Ruslan Doronina kedua-duanya mempunyai rambut berwarna gelap dan terkejut apabila David dilahirkan dengan rambut perang.

“Saya telah bertanya kepada ahli keluarga yang lain tentang warna rambut David.

“Namun, ibu saya dilahirkan dengan rambut perang jadi mungkin David mewarisinya daripada keluarga saya,” kata Ruslan.

Tatiana berkata selepas mandi, dia akan cuba menggayakan rambut bayi itu namun sebaik sahaja ia kering, rambut David akan menggerbang dan kembang semula.

“Ketika ini, saya hanya membiarkannya namun saya fikir ia memerlukan penjagaan rapi, sama seperti rambut Johnson. Mungkin David juga akan bergelar perdana menteri kelak, siapa tahu,” kata Tatiana.

Ibu muda itu juga turut mewujudkan satu akaun Instagram untuk anaknya dan dengan bergurau menulis ‘bukan anak Boris Johnson’ pada profil tersebut. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN