fbpx

1,000 keluarga di empat kem pelarian Palestin terima bantuan BKUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Azeez (kanan) bersama pek bantuan yang akan diagihkan kepada empat kem pelarian Palestin di Jordan.

PETALING JAYA – Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) telah menyalurkan bekalan makanan dan keperluan harian kepada 1,000 keluarga Palestin di empat kem pelarian di Jordan petang semalam.

Bantuan itu disalurkan melalui Misi Humanitarian Mission 4 Palestin (HM4P) melibatkan kem pelarian Palestin di Al-Baqa’a, al-Rusaifah, Hitthin dan Wahadad.

Pengerusi BKUM yang juga merangkap ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sumbangan tersebut mencukupi untuk tempoh sebulan bagi sesebuah keluarga pelarian berkenaan.

“Kita agihkan 1,000 pek makanan dan barangan keperluan ini di empat kem pelarian sasaran.

“Oleh kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, maka proses agihan hanya dilakukan di Kem Al-Baqa’a dan bantuan selebihnya akan disalurkan Lajnah Zakat Jordan kepada kesemua 1,000 keluarga pelarian Palestin yang dibantu,” katanyan dalam satu kenyataan semasa menyampaikan sumbangan di kem pelarian Palestin Al-Baqa’a.

Turut sama dalam misi itu ialah wakil Lajnah Zakat Jordan di Al-Baqa’a, Hashim Muhammad Al-Titi dan Timbalan Pengerusi BKUM merangkap Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI