fbpx

Merantau 3,000 km lombong berlian cincin tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liden bersama berlian yang ditemuinya di Taman Negeri Crater Diamond, baru-baru ini. - Taman Negeri Crater Diamonds

LITTLE ROCK, Arkansas – Impian seorang lelaki melombong sendiri berlian untuk dijadikan batu cincin pertunangannya menjadi nyata apabila dia menemui ‘harta’ itu seberat 2.20 karat di Taman Negeri Crater Diamonds, Arkansas, lapor GoodNewsNetwork, baru-baru ini.

Christian Liden, 26, menyimpan angan-angan sejak kecil untuk melamar bakal isterinya dengan berlian yang dilombong sendiri tanpa perlu dibeli di kedai.

Apabila rakannya memberitahu bahawa impian tersebut boleh menjadi kenyataan dengan melombong berlian di Taman Negeri Crater Diamonds, Liden tanpa berfikir panjang terus mengunjungi tapak tersebut pada 1 May lalu.

Selepas enam hari mencuba nasib, Liden akhirnya berjaya menemui sebutir berlian kuning cair yang pada pengamatannya seperti cahaya matahari di musim panas di Washington.

Berlian kuning cair (kanan) yang ditemui Liden untuk dijadikan batu cincin pertunangannya. – Taman Negeri Crater Diamonds

“Saya merentas negeri dari Washington ke Arkansas sejauh 3,218 kilometer (km) untuk memenuhi impian melombong berlian cincin pertunangan.

“Siapa sangka saya akhirnya bertemu sebutir berlian paling besar yang pernah dilombong oleh pengunjung taman di sini,” katanya.

Menurut Asisten Supritenden Taman Negeri Crater Diamonds, Dru Edmonds, berlian yang dijumpai Linden adalah yang terbesar bagi kategori warna kuning cair selepas seorang pengunjung menemui berlian kuning seberat 4.49 karat pada Oktober tahun lalu.

“Berlian yang ditemui Christian berwarna kuning muda, dengan bentuk segitiga dan kilauan logam bersinar.

“Seperti kebanyakan berlian dari taman ini, ia memiliki beberapa ciri unik dan menjadikannya berbeza daripada berlian yang biasa dijual di kedai,” jelas Edmonds. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI