fbpx

Ibadan korban di Wilayah Persekutuan dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memutuskan ibadah korban bagi musim 1442H/ 2021M tahun ini dibenarkan namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengarahnya Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ketetapan berhubung pelaksanaan ibadah korban itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, bagi pelaksanaan ibadah korban oleh masjid dan surau, pihaknya menetapkan proses penyembelihan binatang korban, lapah, potong dan pembungkusan daging korban hanya dilaksanakan di rumah sembelihan.

“Proses penyembelihan binatang korban hanya dilakukan di Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengikut penyelarasan Jawi melalui Pejabat-Pejabat Pentadbiran Zon.

“Manakala, pengagihan dibuat secara terus kepada peserta, fakir miskin berdasarkan senarai nama yang ditetapkan, petugas barisan hadapan dan golongan sasaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagi pelaksanaan ibadah korban di kawasan lapang selain masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan pula, Mohd. Ajib berkata, ia perlu mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jawi dan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Had kapasiti sembelihan korban tidak melebihi lima ekor sehari dan bilangan kehadiran termasuk petugas tidak melebihi 12 orang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI