fbpx

Polis sahkan kilang arak tidak beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan dijalankan pasukan pemantau IPD Shah Alam di kilang itu di Seksyen 15 di sini.

SHAH ALAM – Sebuah kilang arak di Seksyen 15 di sini didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh sejak 1 Jun lalu.

Ini susulan penularan satu video berdurasi 40 saat semalam diambil seorang pemuda dari rumahnya yang menunjukkan asap keluar daripada corong kilang dan sekumpulan pekerja keluar masuk memandu trak pada pukul 7.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasil pemantauan yang dijalankan pukul 7.40 malam mendapati memang tiada sebarang operasi pengilangan arak dijalankan pihak tersebut.

Katanya, hasil siasatan mendapati asap yang dikeluarkan daripada salah satu cerobong kilang di situ yang tular di Facebook merupakan wap daripada proses memanaskan sejenis bahan mentah yang menyerupai gandum atau ragi (yeast).

“Pasukan kami bertemu dengan pengurus kilang terbabit dan dimaklumkan bahawa asap itu merupakan wap yang keluar hasil daripada proses pemanasan sejenis bahan mentah.

“Bahan itu perlu dipanaskan bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang. Wap atau asap itu perlu dikeluarkan bagi mengelak berlaku letupan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Baharudin memberitahu, proses terbabit dipanggil sebagai meletakkan peralatan pengilangan dalam keadaan siap siapa dan telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Ekoran kejadian ini, pihak kami akan memanggil pemilik akaun Facebook terbabit bagi membantu siasatan,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI