fbpx

FAM pertimbang tawaran Tunku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDI menjelaskan cadangan tersebut akan diperhalusi dahulu oleh ahli Exco sebelum kelulusan serta keputusan rasmi dapat dibuat.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mempertimbangkan tawaran pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menguruskan skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, cadangan tersebut akan diperhalusi dahulu oleh ahli jawatankuasa (Exco) sebelum kelulusan serta keputusan rasmi dapat dibuat.

“Saya menjunjung kasih kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan ambil maklum tentang cadangan yang telah dikemukakan baginda selaku mantan Presiden FAM berhubung skuad kebangsaan, Harimau Malaya baru-baru ini.

“Namun, perkara tersebut perlu diperhalusi sebaiknya kerana FAM sebagai badan induk bola sepak negara mempunyai tatacara, prosedur, peraturan serta mesyuarat tertentu sebelum membuat sesuatu keputusan atau ketetapan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebagai rekod, TMJ sebelum ini telah menawarkan diri untuk menguruskan skuad Harimau Malaya susulan prestasi hambar pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang berakhir pada Rabu lepas.

Malah, TMJ turut sudi menawarkan fasiliti berkelas antarabangsa selain barisan jurulatih terbaik dalam memastikan skuad negara tampil lebih kompetitif pada masa akan datang.

Sementara itu, Hamidin turut mengesahkan satu post mortem mengenai prestasi skuad Harimau Malaya akan dibuat sebaik sahaja proses kuarantin selama 14 hari sejurus tiba di tanah air semalam berakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI