fbpx

31,987 akan disuntik dalam fasa kedua MyMedic@Wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fasa kedua bagi Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah bermula hari ini.

PUTRAJAYA – Fasa kedua bagi Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah bermula hari ini hingga 23 Jun depan dengan meletakkan sasaran lebih 31,987 akan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, fasa kedua program itu mendapat kelulusan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) selepas melihat kejayaan pada fasa pertama.

Beliau berkata, bagi fasa dua ini, tumpuan diberikan kepada golongan peniaga, pekerja di pasar harian serta penjaja, kawasan industri, penempatan gelandangan, Program Perumahan Rakyat, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN), Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kampung-kampung tradisi.

“Fasa kedua ini melibatkan 22 lokasi antaranya, Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Harian Selayang, lapan kawasan industri, tujuh PPR MTEN/PA DBKL, pusat penempatan gelandangan di Pusat Komuniti Setiawangsa, Desa Aman, Desa Tasik, Kampung Sungai Penchala dan Kampung Padang Balang.

“Kami sasarkan untuk selesaikan 600 dos vaksin sehari bagi setiap lokasi dengan menggunakan 10 trak vaksin bergerak,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI