fbpx

PPV mega di SNBJ beroperasi Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (dua dari kanan) mengadakan lawatan ke SNBJ bagi melihat sendiri persiapan lokasi itu untuk dijadikan PPV mega.

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai sebuah lagi pusat pemberian vaksin (PPV) berskala besar bagi membolehkan lebih ramai rakyat mendapat dos vaksin khususnya di sekitar Lembah Klang.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, PPV mega itu dijangka akan dapat mencapai kapasiti 10,000 sehari dan tumpuan akan diberikan kepada rakyat yang berusia 40 tahun ke bawah selain dijangka dapat beroperasi mulai Isnin ini.

Katanya, seluruh trek balapan stadium itu telah bertukar wajah menjadi ruang untuk urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha bersama KBS dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan melalui penggunaan fasiliti secara optimum,” ujarnya menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Reezal turut memaklumkan bahawa Stadium Tertutup Axiata Arena telahpun digunakan sebagai PPV bermula 7 Jun lalu bagi tujuan yang sama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI