fbpx

Pasar Awam Jalan Perak kembali dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jagdeep (dua dari kiri) membuka pintu pagar Pasar Awam Jalan Perak, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Selepas hampir seminggu ditutup ekoran berlaku kes positif Covid-19, Pasar Awam Jalan Perak di sini kembali dibuka kepada orang awam hari ini.

Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, ia selepas kesemua peniaga mematuhi semua prosedur yang ditetapkan termasuk telah selesai menjalani ujian saringan Covid-19.

“Kesemua 69 peniaga telah menjalani ujian saringan di mana 58 kes adalah negatif Covid-19, manakala 11 lagi peniaga dikesan positif.

“Peniaga yang disahkan positif Covid-19 telah diarahkan menjalani kuarantin dan peniaga yang lain telah dibenarkan untuk memulakan kembali perniagaan hari ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, pada 11 Jun lalu, pasar itu diarahkan ditutup selepas terdapat kes positif Covid-19 dikesan melibatkan peniaga.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac tahun lalu, lebih satu juta pemeriksaan di premis awam dijalankan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI