fbpx

Kami tidak bercinta tetapi saling mengenali hati budi – Hafreez Adam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFREEZ ADAM dan Azar Azmi kini sedang melalui fasa persahabatan yang menenangkan.

PETALING JAYA – Tidak menafikan sedang ‘berkawan’, pelakon Hafreez Adam mendedahkan hubungannya dengan Azar Azmi kini sedang melalui fasa mengenali hati budi masing-masing.

Hafreez memberitahu hubungannya dengan Azar yang juga pelakon berusia 32 tahun itu masih belum memasuki fasa percintaan.

“Ya, saya dan Azar sedang berkawan tetapi kami tidak bercinta kerana masih saling mengenali hati budi masing-masing.

“Jika ditanya sama ada hubungan ini akan menjadi lebih serius, saya sendiri tidak berani untuk beri jawapan. Masih terlalu awal dan jauh untuk menjangkakannya,” kata pemilik nama sebenar Hafreez Adam Aizat Zahalan itu.

Tambah pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu, episod duka dalam hubungan cinta lalu juga antara sebab dia tidak mahu terlalu terbuka untuk berkongsi kisah peribadi kepada umum.

“Kami pernah melalui fasa putus tunang dan patah hati bercinta jadi untuk bercerita tentang perhubungan yang baharu, memang perlu berhati-hati.

“Jadi untuk kali ini, kami kurangkan sikit untuk terlalu terbuka kepada umum. Bukan mahu hendak berahsia, kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Takut nanti terlalu berkongsi tiba-tiba semuanya tidak menjadi pula,” katanya lagi.

Bercerita mengenai kejutan hari jadinya baru-baru ini, anak kelahiran Kuala Lumpur itu terharu dan menghargai usaha yang dilakukan Azar.

Ujar pelakon berusia 31 tahun itu, tujuan perkongsian kejutan hari jadi tersebut dibuat secara terbuka kerana merasakan momen itu sangat lucu pada dirinya.

“Saya sangat penat dan rasa sangat menyampah ketika itu tetapi bila lihat semua usaha dia, rasa terharu dan dihargai.

“Sejak itu, saya boleh nampak kesungguhan dia dalam hubungan persahabatan ini. Doakan yang baik-baik untuk kami,” tuturnya.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar cerita tentang kariernya menjadi fokus utama berbanding kisah peribadi.

Terdahulu, Hafreez pernah bertunang dengan pelakon Zara Zya pada Oktober 2019 namun disahkan berpisah sebulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI