fbpx

EAC cadang GST dikembalikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GST dilihat sebagai satu alternatif untuk meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi dan mengagihkan manfaat kepada seluruh rakyat. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) mencadangkan agar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kembali dilaksanakan supaya negara boleh terus mencapai pertumbuhan pada masa depan.

Pengarah Eksekutif EAC, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali menyifatkan cukai tersebut sebagai lebih adil buat semua dan merupakan kaedah yang bersesuaian untuk kerajaan ­mengagihkan semula kekayaan negara kepada rakyat.

Jelasnya, laporan Bank Dunia berjudul Aiming High yang diterbitkan beberapa bulan lalu berpandangan, Malaysia mengutip cukai pada kadar lebih rendah berbanding negara lain, namun pada masa sama, kerajaan lebih berbelanja dalam soal perlin­dungan sosial dan kebajikan rakyat yang memerlukan.

“Saya sedar perkataan cukai ini amat sensitif bagi kebanyakan orang, jadi kerajaan perlu memperkenalkan cara yang tepat dan apa yang lebih penting, orang awam dapat menerima manfaat daripada hasil yang dikutip.

“Ada sesetengah negara me­laksanakan kutipan GST pada kadar yang berbeza-beza mengikut tempat.

“Sebagai contoh di kawasan yang mana populasinya lebih mewah maka kadar cukai yang dikenakan lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bersama media bagi membentangkan laporan Resetting Malaysia: Aligning to the New Economic Landscape secara maya semalam.

Laporan hasil kajian sekreta­riat EAC selama setahun itu memfokuskan kepada strategi bagi berdepan cabaran ekonomi semasa dengan penglibatan pelbagai pemegang taruh termasuk pihak industri, badan bukan kerajaan dan pakar.

Ia mengandungi lapan agenda, 30 kawasan fokus dan 153 ini­siatif, antaranya melibatkan ekonomi digital, memperkasa kumpulan rentan, menyediakan tenaga kerja masa depan, memperkukuh penyampaian awam dan mempromosikan pasaran kompetitif.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada bantuan yang telah diumumkan kerajaan adalah mencukupi untuk rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi yang dibawakan pandemik, Noor Azlan berkata, kerajaan tidak perlu takut untuk berbelanja le­bih banyak asalkan digunakan di tempat sepatutnya.

“Kalau ada le­bih, kerajaan wajar beri lebih lagi.

“Had statutori hutang telah dinaikkan kepada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun ia boleh dinaikkan lagi, misalnya kepada 65 peratus.

“Hanya kerajaan yang boleh berbelanja ketika krisis dan ada banyak negara yang meminjam sehingga 80 peratus atau 100 peratus daripada KDNK.

Ini tidak bermaksud meminjam tidak baik, asalkan digunakan pada tujuan yang betul,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI