fbpx

180 murid sertai tuisyen bahasa Inggeris online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa ketika menyampaikan ucapan semasa perasmian program tuisyen Bahasa Inggeris secara dalam talian bersama 90 murid tahun enam di Jeli dan Tanah Merah hari ini.

JELI – Seramai 180 murid tahun enam dari 21 buah sekolah di Jeli dan Tanah Merah menyertai kelas Bahasa Inggeris secara dalam talian menerusi program tuisyen secara Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) bermula hari ini.

Program percuma inisiatif Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed itu dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam pertuturan harian dalam kalangan murid-murid.

Menurut Mustapa, kumpulan pertama program itu disertai seramai 90 murid dari lapan sekolah bermula hari ini manakala selebihnya akan memulakan kelas pada esok sehingga hujung Oktober depan.

Katanya, kelas itu dikendalikan oleh tenaga pengajar yang juga merupakan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Ini merupakan satu kaedah PdPR yang dilaksanakan bagi melengkapi kelas yang diadakan oleh pihak sekolah.

“Dalam masa sama, satu kajian akan diadakan terhadap pelajar bagi mendapatkan maklum balas mengenai PdPR, penggunan peranti seperti telefon pintar atau komputer riba dan liputan internet di kawasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI