fbpx

Menara atasi masalah capaian internet siap tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebuah menara akan dibina oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi Celcom di Kampung Apin-Apin sebagai usaha bagi mengatasi masalah capaian internet yang dihadapi penduduk di Kampung Ranggom, Keningau Sabah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, pembinaan menara itu dijangka siap pada bulan April tahun hadapan.

Katanya, sebelum ini satu pertemuan antara pihaknya dan wakil penyedia perkhidmatan terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis dan YTL dengan penduduk dan seorang pelajar tingkatan lima kampung berkenaan telah diadakan.

“Semasa lawatan tersebut, ujian kelajuan jalur lebar turut dijalankan di kawasan rumah pengadu dan hasil ujian mendapati liputan di lokasi adalah tidak memuaskan.

“Bagaimanapun, sebagai langkah sementara dalam meringankan kesusahan yang dihadapi murid tersebut, kerja-kerja pengoptimuman akan dijalankan oleh pihak Maxis di lokasi menara terdekat iaitu di Kampung Labak Baru Bingkor,” katanya.

Kampung Sungai Apin-Apin terletak lebih kurang 0.77 kilometer (km) dari Kampung Ranggom, Keningau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI