fbpx

Malaysia hargai China, Jepun sumbang vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia menzahirkan penghargaan tinggi atas ihsan China dan Jepun yang sudi menyumbangkan vaksin untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan berkenaan dapat membantu usaha Malaysia dengan perolehan cukup dalam menjayakan program berkenaan.

“Sebagai mewakili kerajaan Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan ihsan tersebut,” katanya menerusi dua kenyataan secara berasingan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan lain, Hishammuddin menyambut baik pengumuman Menteri Luar Jepun, Motegi Toshimitsu semalam yang sedia menawarkan stok vaksin dihasilkan negara itu.

Tanpa disebut berapakah jumlahnya, sumbangan negara tersebut meliputi vaksin Covishield keluaran syarikat multinasinal Britain-Sweden, AstraZeneca yang dimajukan Universiti Oxford.

Kerajaan Jepun sebelum itu turut memberi sumbangan ihsan vaksin tersebut kepada Taiwan, Vietnam, Indonesia dan Filipina yang berdepan kekurangan bekalan serius pada ketika ini.

Kesemua negara berkenaan dilaporkan sudah menerima lebih sejuta dos berkenaan susulan rayuan WHO bagi segera membantu pelbagai negara yang kritikal tidak cukup bekalan vaksin.

Selain dua jenis vaksin tersebut, Malaysia turut membeli vaksin Comirnaty yang dikeluarkan firma ternama Amerika Syarikat, Pfizer BioNTech dan Sputnik V dihasilkan Gamaleya di Rusia. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI