fbpx

Lamaran mewah Lesti Kejora, Rizky Billar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY BILLAR dan Lesti Kejora.

MAJLIS lamaran pertunangan penyanyi Lesti Kejora dan kekasihnya, Rizky Billar pantas menjadi buah mulut netizen di Indonesia. Semuanya gara-gara, suasana serba mewah yang melatari majlis berkenaan.

Bertemakan ‘taman bunga’, majlis yang berlangsung di Gedong Putih, Lembang, Bandung itu turut ditayangkan secara langsung menerusi sebuah saluran televisyen di Indonesia.

Menurut laporan media, pasangan selebriti itu juga didakwa telah mendapat hadiah perkahwinan berupa sebuah kereta mewah daripada sahabat mereka.

Ketika ditemu bual oleh Irfan Hakim dalam saluran YouTube, deHakims Story, Rizky telah disoal tentang kos yang dikeluarkan untuk majlis lamaran tersebut.

“Mahu tahu kos keseluruhannya? Boleh tahanlah,” ujar Rizky sambil berbisik di telinga Irfan.

Selepas mendengar jumlah kos, Irfan kelihatan terkejut dan sempat memberitahu bahawa hanya individu yang benar-benar kaya yang mampu menganjurkan majlis semewah itu.

Dianggarkan, kos menyewa di Gedong Putih serta perbelanjaan lain untuk majlis tersebut sahaja memerlukan modal besar sehingga mencecah ratusan juta rupiah (sekitar puluhan ribu ringgit) tidak termasuk hantaran-hantaran mewah yang diberikan Rizky buat Lesti seperti beg tangan Louis Vuitton, Channel dan Gucci serta sepasang kasut kaca jenama Christian Louboutin.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI