fbpx

Hotel rugi RM300 juta setiap dua minggu ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semakin banyak pengusaha kecil dalam sektor pelancongan gulung tikar ekoran masalah kewangan sejak pandemik melanda. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hotel di negara ini dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM300 juta bagi setiap dua minggu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Naib Presiden & Ketua Malaysia & Singapura, OYO Hotels & Homes, Tan Ming Luk berkata, jumlah kerugian tersebut berdasarkan data-data yang boleh diperolehi secara umum.

Menurut beliau, vaksinasi memainkan peranan penting untuk memastikan sektor pelancongan dan hospitaliti kembali pulih.
Sebelum pandemik, sektor tersebut telah menyumbang sebanyak RM80 juta secara purata setahun kepada ekonomi Malaysia.

“Walaupun pemberian subsidi, geran dan moratorium pinjaman dapat memberi sedikit kelegaan kepada industri yang sedang bertahan bagaikan ‘telur di hujung tanduk’, realitinya ialah makin cepat kita mengutamakan pemberian vaksin untuk petugas barisan hadapan pelancongan dan hospitaliti, semakin cepat sektor ini dapat kembali pulih.

“Kita boleh belajar daripada negara-negara yang mengutamakan pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan pelancongan dan hospitaliti bagi melihat impaknya ke atas industri ini,” katanya dalam satu kenyata­an semalam.
Pemberian vaksin untuk petugas barisan hadapan pelancongan dan hospitaliti, maka semakin cepat sektor ini dapat kembali pulih.

“Kita boleh belajar daripada negara-negara yang mengutamakan pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan pelancongan dan hospitaliti bagi melihat impaknya ke atas industri ini,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Mengambil contoh kempen imu­nisasi di Pulau Seychelles yang mana proses pemberian vaksin kepada majoriti penduduknya dilaksanakan pada pertengahan Mac.

Kesannya, negara itu telah pun mencatatkan pertumbuhan 1.39 peratus dari Januari hingga sekarang dan kepulauan itu telah pun dibuka kepada pelancong yang telah divaksin.

Greece juga telah menganjurkan kempen vaksinasinya sendiri bagi membantu sektor pelancongan dan kerajaan negara ber­kenaan telah menyegerakan program vaksinasi ke atas penduduk tempatan bagi mewujudkan imu­niti berkelompok di kawasan berkenaan serta memungkinkan sektor pelancongan bakal dibuka pada musim panas.

Meskipun program tersebut baru diumumkan beberapa hari lalu dan masih terlalu awal untuk melihat kesannya, tetapi jumlah carian untuk penerbangan ke Greece telah meningkat sebanyak 1.02 peratus.

Ming Luk berkata, pihaknya mengalu-alukan komitmen kerajaan ­mengutamakan pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan sektor pelancongan yang sedang bertugas semasa PKP 3.0.

“Namun, kami melihat pemberian vaksin secara menyeluruh kepada semua petugas barisan hadapan industri ini adalah sama pen­tingnya demi kemandirian dan pemulihan industri.

“Ia bukan setakat kepada kakitangan perniagaan yang disenaraikan sebagai perkhidmatan penting,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI