fbpx

Akshaye anggap Aishwarya Rai aktres terseksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSHAYE KHANNA dan Aishwarya Rai.

PELAKON Akshaye Khanna secara peribadi pernah memberitahu bahawa aktres Aishwarya Rai merupakan aktres paling seksi yang pernah dikenalinya.

Akui Akshaye, gara-gara pesona yang dimiliki Aishwarya, dia tidak dapat mengalihkan pandangan setiap kali bertemu dengan wanita tersebut.

“Saya pernah bekerjasama dengan Aishwarya dalam filem sebanyak dua kali masing-masing untuk filem Aa Ab Laut Chalen dan Taal. Dia memang sungguh mempesonakan,” ujarnya.

Setiap kali bertemu dengan pemenang Ratu Cantik Dunia (Miss World) tahun 1994 itu, Akshaye menjadi seperti orang gila kerana asyik menatap sosok wanita itu.

“Perkara itu sungguh memalukan. Tetapi sebagai lelaki saya tidak dapat menipu diri sendiri bahawa Ash (Aishwarya Rai) sungguh memukau,” ujarnya dalam satu temu bual bersama Karan Johar, baru-baru ini.

Taal terbitan 1999 menjadi filem terakhir yang mengandingkan Akshaye dengan isteri Abhishek Bachchan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI