fbpx

Lebih 4.4 juta individu telah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lebih 4.4 juta individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Twitternya berkata, seramai 3,132,304 individu telah menerima suntikan bagi dos pertama sementara bagi dos kedua pula seramai 1,357,966.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi dengan (552,275), penerima dos pertama diikuti Selangor (462,612) dan Sarawak (324,913). Bagi dos kedua, didahului Selangor dengan (174,302), Sarawak (149,227) dan Perak (131,350),” katanya.

Dalam pada itu, JKJAV turut memaklumkan sehingga pukul 11.59 malam semalam, seramai 13,789,736 atau 56.8 peratus telah berdaftar untuk menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

“Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran yang tertinggi iaitu sebanyak (3,508,098), diikuti Johor (1,320,513), Sarawak (1,320,513), Kuala Lumpur (1,166,135), Perak (990,249) dan Pulau Pinang (899,211),” ujarnya.

JKJAV turut memberitahu orang ramai yang masih belum membuat pendaftaran untuk mendapatkan vaksin Covid-19 boleh mendaftar melalui MySejahtera, laman web JKJAV di www.vaksincovid.gov.my atau hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan di 1800-888-828.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama disuntik vaksin keluaran Pfizer-BioNTech. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI