fbpx
LUKAKU meraikan jaringan gol dengan gaya tersendiri ketika Belgium menewaskan Rusia 3-0 pada aksi Kumpulan B Euro 2020 di Stadium Krestovsky, St. Petersburg awal pagi semalam. - AFP

Belgium masih belum ‘panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ST. PETERSBURG – Ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez menyifatkan ‘enjin’ skuadnya belum panas walaupun mencatat kemenangan 3-0 ke atas Rusia di Stadium Krestovsky semalam.

Tiga gol Red Devils pada aksi Kumpulan B Euro 2020 itu dija­ringkan masing-masing dua oleh Romelu Lukaku dan satu menerusi Thomas Meunier.

“Pemain menampilkan aksi cemerlang. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk memulakan kejohanan dalam situasi sebegini tetapi kami masih dapat memberi tumpuan selama 90 minit penuh permainan.

“Kami bukan sahaja menang tetapi berjaya memastikan gawang tidak dibolosi dalam perlawanan pertama ini.

“Kemenangan akan membolehkan pasukan berkembang untuk memberikan prestasi lebih bagus dalam kejohanan ini,” kata Martinez.

Bagaimanapun, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga mahal selepas tahap kecede­raan dialami pemain pertahanan Leicester City, Timothy Castagne dilaporkan semakin serius pada bahagian soket matanya.

Ia disebabkan pelanggaran kepala antara Castagne dan pemain Rusia, Daler Kuzyaev yang menyaksikan dia terpaksa ­digantikan oleh Meunier dalam babak pertama.

“Ia adalah satu berita yang amat mendukacitakan kerana Castagne terlepas baki kejohanan ini. Dia perlu menjalani rawatan pemulihan selepas ­mengalami keretakan berganda (pada bahagian soket mata),” jelas Martinez. – AGENSI

POPULAR

BERITA BERKAITAN