fbpx

[VIDEO]’Kalau bukan sebab lockdown, kami nikah minggu depan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMAL ADLI dan Uqasha sepatutnya bernikah minggu depan tetapi ditunda akibat lockdown.

PETALING JAYA -“Buat waktu sekarang, kita tangguh dahulu (perkahwinan) kerana tak mahu nanti ada isu-isu berbangkit. Kita hormat lockdown, bila dah dibenarkan merentas negeri (yang saya pun tak tahu bila), kita akan kahwin seperti yang dirancang.

“Sebab apa? Sebab, kita dah bayar semuanya. Memang tak boleh pull out (tarik balik) duit. Seperkara lagi, saya nak majlis kahwin kami menjadi satu peristiwa yang saya dan isteri akan kenang sampai ke akhir hayat.

“Tak naklah nikah online ke apa atau yang boleh datang 40-30 orang. Apa yang nak dikenang nanti. Pada waktu sama, kita hormat lockdown dan tunggu kes Covid-19 negara reda,” kata pelakon Kamal Adli eksklusif kepada Kosmo! Online.

Kalau bukan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’, pelakon Kamal Adli akan bernikah dengan aktres jelita, Uqasha Senrose pada minggu depan.

Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, memaklumkan kepada Kosmo! Online secara eksklusif bahawa, perancangan mengadakan majlis akad nikah dan resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka akan tetap diteruskan.

Bagaimanapun, jelas bekas Hero Remaja 2007/2008 itu, semuanya perancangan bergantung kepada keadaan pandemik Covid-19 negara. Kalau masih tidak surut-surut lagi kes positif, dia bakal isteri akan laksanakan apa wajib terlebih dahulu.

KAMAL kini muncul dengan musim terbaru siri original Viu, Black 2.

Tambah Kamal yang kini muncul dengan siri original Black musim 2, buat masa sekarang, majlis pernikahannya belum ada tarikh spesifik, namun tidak menolak untuk melangsungkan apa yang wajib seandainya lockdown mengambil masa yang panjang.

“Kalau tak disebabkan lockdown, saya dan Uqasha nikah minggu depan rasanya. Patutnya minggu depan kami nikah.

“Kita hold (tangguh) dulu tengok macam mana situasi Covid-19 negara. Kita hormat kesusahan orang lain sebab macam saya cakap tadi, tak nak orang cakap artis kayanganlah atau benda-benda macam itu.

“Kalau lockdown ini berlanjutan panjang sangat, saya mungkin akan memilih buat apa yang wajib dahulu iaitu bernikah. Sekarang ini, kita tangguh dulu dan  tengok macam mana keadaan,” ujarnya.

Terdahulu, Kamal Adli dan Uqasha, 29, mengesahkan bakal diijabkabulkan namun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka sekitar Mac lalu.

Mereka mendedahkan, bakal mengadakan majlis akad nikah dan tiga majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka namun terpaksa menangguhkan hasrat itu sebabkan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI