fbpx

Duit jualan bekas plastik guna untuk Bakul Prihatin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rashidi (dua dari kiri) dan Mohd. Shukri (dua dari kanan) bersama penerima sumbangan Bakul Prihatin Rezeki Kasih di Pusat Perubatan MSU, Shah Alam. - FOTO: ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyelaras wang hasil jualan plastik di premis-premis perniagaan untuk menjayakan program Bakul Prihatin.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan berkata, program itu akan dapat membantu penduduk yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, sebanyak 2,000 keluarga termasuk petugas barisan hadapan telah dibantu menerusi program yang dimulakan pada Februari lalu.

“Minggu depan, kita akan menyampaikan lagi 2,000 Bakul Prihatin untuk masyarakat di sekitar bandar raya ini. Ia akan dihantar oleh perkhidmatan menghantar barang kepada pihak yang memohon bantuan tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis penyampaian Bakul Prihatin Rezeki Kasih kepada anggota barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Management & Science University (MSU) Medical Centre Seksyen 13 hari ini.

Turut hadir Presiden MSU Medical Centre, Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid.

Dalam perkembangan berlainan, Mohd. Shukri memaklumkan PPV tersebut telah melaksanakan 10,000 suntikan vaksin kepada penerima sejak Mac tahun ini.

“Dalam sehari, kita memberikan suntkan 600 dos vaksin dan berharap dapat dipertingkatkan kepada 1,000 dos bergantung kepada kebenaran Kementerian Pengajian Tinggi. Kita juga untuk menjayakan pemberian vaksin secara pandu lalu dan ke rumah pada masa depan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI