fbpx

Danone lancar rumusan baharu AptaGro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERA SAW pada majlis pelancaran produk terbaharu Danone baru-baru ini.

PETALING JAYA – Syarikat makanan dan minuman khusus dalam penghasilan produk berkhasiat, Danone baru-baru ini memperkenalkan rumusan terbaharu bagi susu jenama AptaGro, yang disokong penyelidikan lebih 40 tahun. 

AptaGro adalah satu-satunya susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia yang mengandungi ActiveDuoBio+, dirumus dengan gabungan satu bilion Probiotik (dari 100 gram susu tepung), Prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dan DHA.

Pengurus Negara Danone Malaysia, Vera Saw berkata, syarikat mempercayai bahawa permulaan yang sihat amat penting bagi menjamin kanak-kanak mencapai kejayaan dan masa depan yang cemerlang.

“Dalam keadaan sekarang, imuniti serta daya tahan adalah keperluan penting dan Danone berusaha memberikan sokongan diperlukan ibu bapa dalam memilih tabiat pemakanan yang sihat demi kepentingan kanak-kanak.

“Ini antara sebab syarikat menubuhkan talian perkhidmatan panggilan bantuan 24 jam supaya ibu bapa boleh menghubungi kami apabila mereka memerlukan bantuan atau penerangan lanjut tentang produk ini. 

“Ia membuktikan komitmen serta usaha kami untuk berkongsi maklumat serta pengetahuan dalam membantu ibu bapa membuat pilihan bijak dan terbaik buat anak-anak mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

AptaGro baharu menggunakan rumusan saintifik yang ditambah baik dengan tujuan menyokong sistem imuniti kanak-kanak serta pembangunan minda yang cerdas agar ibu bapa lebih yakin untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada dunia luar.

Ia juga telah dicuba dan disahkan oleh para ibu di Asia Tenggara, yang mana satu kaji selidik bebas oleh Home Tester Club mendapati 100 peratus ibu percaya kombinasi Prebiotik, Probiotik dan nutrien penting daripada Aptagro membekalkan nutrisi yang baik bagi membantu menyokong sistem imuniti anak mereka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI