fbpx

Ahli Kongres dikecam samakan Israel dengan Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilhan ketika berucap dalam satu sidang akhbar di sebuah tapak peringatan Daunte Wright di Pusat Brooklyn, Minnesota pada 20 April lepas. – AFP

WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT – Seorang ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Ilhan Omar dikecam oleh ahli-ahli politik negara itu selepas mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa AS dan Israel melakukan ‘kekejaman’ yang menyamai kumpulan Hamas dan Taliban.

Ilhan, yang merupakan salah satu daripada dua anggota Kongres beragama Islam,  dilaporkan pernah membuat kenyataan yang menyinggung perasaan Parti Demokrat sebelum ini.

Komen beliau disifatkan sebagai anti-Semitik atau anti-Israel.

Kedua-dua perwakilan Parti Demokrat dan Republikan menggesa Ilhan untuk menjelaskan kenyatannya atau beliau berdepan dengan hukuman termasuk dilucutkan daripada tugasan jawatankuasa Kongres.

Manakala 12 wakil Parti Demokrat turut mengeluarkan surat awam menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan kenyataan ahli parti itu.

Surat itu menyatakan bahawa kenyataan Ilhan  menyamakan AS dan Israel dengan Hamas dan Taliban sebagai ‘menyinggung perasaan dan tersasar’.

“Justeru, kami menggesa beliau untuk menjelaskan kenyatannya,” kata surat tersebut.

Ahli Kongres Minneapolis yang dilahirkan di Somalia itu sebelum ini sering mengkritik dasar Israel terhadap Palestin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI