PETALING JAYA- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk melaksanakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada Mac tahun depan.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pengalaman menguruskan SPM 2021 membolehkan kementerian menganjakkan peperiksaan itu.
“Ujian lisan dan amali sains akan bermula Februari 2022, manakala ujian bertulis pada bulan Mac,” katanya dalam sidang akhbar khas, sebentar tadi -K! ONLINE