fbpx

Tiga premis degil beroperasi semasa PKP dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah premis pinjaman wang di Butterworth yang beroperasi semasa PKP diserbu polis semalam.

SEBERANG PERAI – Tiga premis yang menjalankan perniagaan pinjaman wang di sekitar Butterworth di sini yang masih dibuka biarpun tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diserbu polis semalam.

Hasil operasi secara serentak kira-kira pukul 11 pagi itu, kesemua premis berkenaan dikenakan kompaun berjumlah RM33,000 membabitkan lima individu berusia 30-an.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, penjaga premis iaitu dua lelaki dan seorang wanita masing-masing dikompaun RM10,000.

“Dua pekerja turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap orang selepas didapati tidak mengimbas kod QR MySejahtera.

“Selain itu, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai turut mengeluarkan kompaun kepada sebuah premis kerana tidak mempamerkan lesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noorzainy berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan di seluruh daerah itu bagi memastikan orang ramai dan pengusaha sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) PKP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI