fbpx

Orang Asli suku Bateq buat sekatan masuk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Orang Asli suku kaum Bateq membuat sekatan di kampung mereka di Kampung Aring 5, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Orang ramai termasuk Orang Asli yang bukan dari suku kaum Bateq Kampung Aring 5 di sini dihalang keluar dan masuk ke kampung berkenaan sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan Covid-19.

Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, pihaknya mengambil inisiatif dengan membuat sekatan jalan dan pondok keselamatan susulan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh ketika ini.

Katanya, mereka turut menyediakan pengimbas suhu, buku pendaftaran dan cecair pembersih tangan malah turut menyaring individu yang ingin melepasi sekatan itu.

“Kita bimbang kerana bilangan kes Covid-19 yang semakin meningkat ketika ini. Justeru, kita perlu lakukan sesuatu untuk menghalang orang luar bebas keluar masuk ke kampung ini.

“Kita harap, dengan cara ini tiada orang luar yang masuk ke kampung tanpa sebab yang munasabah lebih-lebih lagi sekatan pergerakan penuh sudah dikuatkuasakan kerajaan,” katanya di sini ketika ditemui pemberita di Kampung Aring 5 di sini hari ini.

Tambah Raina, langkah itu terpaksa dilakukan bagi menjaga kesihatan 400 penduduk Orang Asli di kawasan itu.

Katanya, sejak penularan jangkitan Covid-19, Orang Asli kini dilihat kurang keluar ke bandar ini.

“Penduduk Orang Asli mematuhi arahan apabila keluar untuk melakukan urusan penting atau membeli barangan keperluan sahaja.

“Jika tiada keperluan, mereka hanya berkurung di rumah selepas melakukan urusan seperti mencari makanan pada waktu pagi,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI