fbpx

Tiga penghadang jalan PKPD Kuala Terengganu dirosakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim (kanan) memantau pemasangan penghadang jalan baharu diperbuat daripada batu di Kampung Jeram, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Penghadang jalan raya di tiga lokasi berbeza telah dirosakkan pada Ahad lalu iaitu tidak sampai 24 jam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Zin berkata, tiga penghadang yang dirosakkan berkenaan terletak di Kampung Jeram, Kampung Tiruk dan Jalan Surau Haji Yaacob.

“Sebelum ini, penghadang jalan itu masing-masing diletakkan bagi menutup jalan alternatif dk Kampung Jeram dan Kampung Tiruk di sempadan daerah Hulu Terengganu selain Jalan Surau Haji Yaacob di sempadan daerah Marang.

“Ia telah dikesan rosak pada rondaan anggota polis yang dilakukan pada malam 30 Mei lalu iaitu hari pertama pelaksanaan PKPD (Kuala Terengganu),” katanya ketika meninjau lokasi laluan alternatif di Kampung Jeram di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, pihak polis sedang giat untuk mengenalpasti pihak bertanggungjawab melakukan perbuatan vandalisme terbabit.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI