fbpx

Pengantin perempuan patahkan besi semasa bersanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi pengantin tersebut yang mematahkan besi dalam majlis perkahwinannya menjadi tular di media sosial. – Instagram @media.virals/Suara.com

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan menjadi sensasi internet susulan video aksinya mematahkan dua batang besi semasa majlis perkahwinannya menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan kehebatan wanita tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @media.virals itu, seorang wanita lengkap berpakaian pengantin berwarna hijau dilihat sedang melakukan percubaan untuk mematahkan besi di hadapan pelamin.

Dalam aksi pertamanya, pengantin tersebut cuba mematahkan sebatang besi menggunakan paha kirinya.

Dengan hanya sekali percubaan, besi tersebut patah dua.

Selepas aksi pertamanya itu, pengantin tersebut meneruskan aksi keduanya dengan percubaan mematahkan sebatang besi yang diletakkan antara dua batang tiang.

Dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan sekali hentakan, besi tersebut patah kepada dua bahagian.

Aksi tangkas pengantin perempuan tersebut mendapat perhatian netizen dengan ramai yang meluahkan rasa kagum mereka selain ada yang secara berseloroh meramalkan nasib yang bakal menimpa pengantin lelaki.

“Kalau suami curang, pasti retak buah pinggangnya,” tulis seorang pengguna.

“Sumpah, tak berani tambah isteri,” tulis seorang lagi netizen. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI