fbpx

Pemain ke-26 sebagai ‘senjata rahsia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS dikhabarkan bakal menyertai skuad Harimau Malaya sebagai pemain ke-26, namun belum ada sebarang pengesahan dibuat dan ia sekadar spekulasi sehingga kini.

Hamidin beri bayangan kehadiran seorang lagi perkuatkan Harimau Malaya

PERSATUAN bola sepak Malaysia (FAM) memberi bayangan mengenai ketibaan seorang pemain yang ke-26 dan dia dijangka menjadi ‘senjata rahsia’ Harimau Malaya untuk menghadapi kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 telah tiba di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mencetuskan spekulasi tersebut apabila memberi sedikit petunjuk bahawa skuad Harimau Malaya akan dikuatkan dengan kehadiran pemain ke-26 sekali gus menyertai 25 pemain dalam kem latihan yang dikendalikan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe,

“Sekarang waktu jam 8 pagi di Dubai. Nantikan ketibaan pemain ke-26 Harimau Malaya,” kata Hamidin ringkas dalam klip video berdurasi 19 saat yang dimuat naik di laman Facebook FAM semalam.

HAMIDIN memberi bayangan kehadiran seorang lagi pemain memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Bagaimanapun, sehingga laporan ini ditulis malam tadi, belum ada pendedahan mengenai pemain ke-26 itu sementelah skuad kebangsaan telah berlepas dari Manama, Bahrain ke Dubai pagi semalam.

Kosmo! pada Jumaat lepas melaporkan bahawa pemain berdarah kacukan Belgium-Malaysia yang berpangkalan di Eropah, Cools dikatakan telah bersetuju untuk diserapkan ke dalam skuad Harimau Malaya buat kali pertama dalam kariernya.

Kehadiran Cools ke dalam skuad negara menjadi tular selepas kelabnya, FC Midtylland mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pemain pertahanan tersebut telah menerima panggilan daripada skuad kebangsaan pada Khamis lepas, namun kenyataan tersebut segera ditarik balik oleh pasukan berkenaan hingga menimbulkan tanda tanya?

Pada masa sama, FAM yang dihubungi sebelum ini mengambil pendekatan untuk ‘mengunci mulut’ berhubung isu Cools, manakala Cheng Hoe turut bersikap serupa bagi memastikan 25 pemainnya fokus untuk menghadapi perlawanan di Dubai.

Sebelum ini, Cools dikatakan telah membuat keputusan untuk ‘menukar status’ negara yang diwakilinya di peringkat antarabangsa meskipun terdahulu dia sudah bermain bersama skuad remaja kebangsaan Belgium pada awal kariernya.

Sebagai rekod, Cools beraksi bersama FC Midtylland sejak musim lalu pada saingan Liga Denmark selain turut memiliki pengalaman bermain dalam kancah tertinggi Eropah iaitu Liga Juara-Juara.

Cools yang beraksi di posisi pertahanan kanan dijangka memberi saingan sengit buat dua pemain negara, Matthew Davies, Syahmi Safari dan Mohd. Rizal Ghazali.

Skuad negara ketika ini berada di Dubai untuk mengharungi tiga baki perlawanan peringkat Kumpulan G menentang UAE, Thailand dan Vietnam bermula awal pagi Jumaat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI