fbpx

Operasi kilang minuman keras di seluruh negara dihentikan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail.

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan penutupan operasi kilang-kilang minuman keras di seluruh negara susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang mula dikuatkuasakan hari ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai makluman, kesemua sektor perkilangan telah diarahkan tutup kecuali 12 kategori sahaja yang masih dibenarkan beroperasi seperti yang telah diumumkannya semalam.

“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras adalah tidak termasuk dalam kategori keperluan asas,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sehubungan itu, kerajaan hari ini bersetuju agar semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI