fbpx

Penumpang terkandas mahu balik suntik vaksin di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar orang ramai beratur panjang bagi mendapatkan tiket RORO dari Kuala Perlis ke Langkawi yang tular di Facebook pada pagi tadi.

KANGAR – Mahu pulang suntik vaksin di Langkawi merupakan antara alasan diberikan penumpang yang terkandas di Kuala Perlis dekat sini setelah gagal mendapatkan tiket feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) ke pulau peranginan tersebut, hari ini.

Pengurus Langkawi Auto Express, Kapten Khalid Khamis berkata, sebilangan individu dari Alor Setar mendakwa mahu ke Langkawi untuk mengambil suntikan vaksin yang dijadualkan esok dengan menunjukkan surat kebenaran rentas negeri.

Katanya, ramai yang datang untuk membeli tiket tanpa membuat tempatan terlebih dahulu sejak pukul 8 pagi ini menyebabkan sebahagian daripada mereka gagal mendapatkan tiket.

“Jumlah penumpang yang boleh dibawa mengikut prosedur operasi standard (SOP) adalah 155 penumpang sahaja iaitu 50 peratus daripada kapasiti sebenar feri iaitu 329 penumpang.

“Kita juga mempunyai tempahan untuk 42 buah kereta yang meliputi 100 orang penumpang, jadi tiket feri hanya boleh diberikan kepada 55 orang yang datang tanpa membuat tempahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, sebahagian daripada lebih 100 orang yang beratur untuk mendapatkan tiket gagal menaiki feri untuk ke Langkawi.

“Jumlah penumpang untuk ke Langkawi meningkat sejak semalam tetapi masih terkawal dan pada esok, jumlah tempahan bagi penumpang hanya kira-kira 50 orang sahaja sehingga tengah hari tadi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI