fbpx

Hanya empat jemaah di masjid, surau seluruh Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Hanya empat orang jemaah atau kakitangan dibenarkan untuk menunaikan solat fardu di semua masjid negeri, bandar, jajahan, mukim dan surau di Kelantan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang akan bermula esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Kadir berkata, ketetapan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) itu berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Maik amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini. SOP yang ditetapkan itu perlu dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan berkenaan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya kegagalan untuk mematuhi SOP ini,,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya yang juga Tengku Temenggong Kelantan, perkara itu sudah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI