fbpx

Netizen tegur tudung senteng Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA RAZALI

APABILA bergelar selebriti, setiap perkara atau penampilan yang ditonjolkan pasti akan mengundang perhatian ramai.

Itu yang berlaku kepada Nabila Razali selepas dia menerima teguran mengenai busana busana rona biru yang digayakannya untuk sebuah program.

Ramai yang menegur pakaian yang dipakai oleh Nabila kerana mendakwa tudungnya terlalu singkat sehingga menampakkan bahagian dadanya.

“Maaf tak sukalah baju macam ni. Awak bukan Nabila yang saya kenal,” tulis seorang peminatnya.

“Cantik tapi makin seksilah sayang,” tegur seorang lagi pengikut Instagramnya.

Hasil penelitian Diva, rasanya tiada bahagian yang menampakkan kulit mahupun dadanya langsung.

Jika dilihat semula, baju tersebut dijahit dengan kain berwarna coklat cair yang menyerupai warna kulit. Mungkin netizen salah faham.

Sabarlah Nabila, harap selepas ini lebih berhati-hati memilih busana yang hendak dipakai. Mereka tegur kerana prihatin dan sayang awak.

DIVA: Bila agaknya giliran nak dapat suntikan vaksin. Penat jari berebut nak dapatkan slot pada 26 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI