fbpx

Juruteknik kilang direman seminggu kes sumbang mahram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tiga dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret di Butterworth untuk direman hari ini. Foto MUHAMMAD FIRDAUS AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang juruteknik kilang yang didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak kandungnya sejak 12 tahun lalu direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Hasliza Razak.

Terdahulu, suspek yang berusia 45 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.45 pagi sambil diiringi oleh beberapa anggota polis.

Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari itu bagaimanapun kelihatan tenang sepanjang proses itu berjalan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi di Taman Seri Delima di sini, Selasa lalu, mangsa yang kini berusia 18 tahun mendakwa bahawa suspek telah meraba kemaluannya semasa ibunya berada di dalam bilik air.

Difahamkan, perbuatan tidak bermoral itu bukanlah kali pertama berlaku kerana mangsa mendakwa telah diperkosa oleh bapa kandungnya sejak berusia enam tahun selain diliwat ketika berusia 15 tahun tanpa pengetahuan ibunya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI