fbpx
Tangkap layar rakaman video menunjukkan dua kanak-kanak perempuan yang dikesan berkeliaran tanpa pengawasan di kawasan Kulai, Johor, malam semalam

Bapa tertidur, dua anak keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Dua kanak-kanak yang dikesan berkeliaran tanpa pengawasan orang tua dalam satu video yang tular di media sosial telah dikembalikan kepada keluarga mereka, tengah malam hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, polis dimaklumkan berhubung penemuan dua kanak-kanak itu oleh orang awam pada pukul 11.50 malam, semalam.

Katanya, sehubungan itu anggota peronda yang bergegas ke lokasi dimaklumkan mendapati dua kanak-kanak perempuan berusia 1 dan 3 tahun.

“Pemeriksaan dibuat terhadap kanak-kanak terbabit mendapati tiada sebarang kesan kecederaan akibat didera atau trauma.

“Polis bersama orang awam bertindak mengesan keluarga kanak-kanak berkenaan sebelum seorang lelaki yang mengaku bapa mereka tiba kira-kira 30 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, pemeriksaan dokumentasi yang dilakukan terhadap lelaki berkenaan mengesahkan dia adalah bapa kepada kedua-dua kanak-kanak perempuan terbabit.

“Lelaki berkenaan mengakui cuai dan tertidur ketika menjaga anak-anaknya semasa isterinya sedang bekerja shif malam.

“Polis kemudian bertindak memberikan amaran keras kepada lelaki terbabit selain turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang bertindak melaporkan penemuan kanak-kanak itu kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai khususnya golongan ibu bapa agar jangan leka dan sentiasa menjaga keselamatan anak-anak mereka.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN