fbpx

Ipmuda kembali untung selepas alami kerugian sejak tahun 2015

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ipmuda adalah penyedia sehenti bagi industri pembinaan. dan memiliki pengalaman yang meluas dalam bidang tersebut.

PETALING  JAYA –  Ipmuda Bhd. (Ipmuda) merekodkan keuntungan selepas cukai bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 sebanyak RM0.107 juta berbanding kerugian selepas cukai sebanyak RM7.3 juta, tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai adalah sebanyak RM0.02 juta berbanding kerugian sebelum cukai  RM7.2 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jeffri Muhamad Yusup berkata, bagi prestasi suku itu meskipun sederhana tetapi ia memberi petunjuk kepada usaha pemulihan Kumpulan yang sebelum ini belum mencatat kerugian sejak tahun 2015.

Menurutnya, peningkatan prestasi ini didorong oleh inisiatif pengurusan baharu dengan disiplin  mengurangkan kos, fokus kepada produk margin tinggi, menetapkan struktur kewangan dan korporat serta mengoptimakan aset serta sumber.

“Kumpulan pengurusan telah berusaha dengan gigih sejak tiga suku sebelum ini untuk memulihkan prestasi kewangan Kumpulan dan mengukuhkan modal bagi membolehkan Kumpulan melaksanakan program pengembangan.

“Segmen yang akan difokuskan adalah pengurusan fiskal bagi mengukukhkan pengurusan hutang dan yang penting sekali adalah untuk mengurangkan kos operasi.

“Kami yakin telah melaksanakan usaha pemulihan itu dalam keadaan persekitaran yang sukar kini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Hasil Kumpulan menyusut sebanyak 36 peratus kepada RM12.3 juta berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI