fbpx

Bapa tiri durjana paksa anak pegang kemaluan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Kejahatan seorang lelaki yang memaksa anak perempuan tirinya memegang kemaluannya sejak dua tahun lalu terbongkar apabila ditahan di sekitar daerah ini, semalam.

Penahanan suspek berusia 37 tahun dilakukan pukul 12.50 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa terdahulu dihalau oleh suspek yang merupakan penganggur daripada rumahnya pukul 3 petang pada Jumaat lalu.

Katanya, ini berikutan penemuan sekeping kertas di beg sekolah mangsa yang bertulis “Benci kepada bapa tiri”.

“Setelah dihalau, mangsa telah pergi ke rumah rakan sekolah dan menceritakan perkara yang telah berlaku kepadanya.

“Siasatan awal mendapati mangsa menulis kenyataan itu kerana marah dan benci dengan perbuatan bapa tirinya yang telah memaksanya memegang kemaluan suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kata beliau, hasil siasatan awal turut mendapati mangsa diperlakukan sedemikian sejak 2019 ketika isteri suspek tiada di rumah.

Tambah Shamsul Amar, suspek kini direman selama enam hari sehingga 1 Jun depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI